Tuesday, 24 April 2012
Monday, 23 April 2012
Sunday, 22 April 2012
Rancangan Pengajaran Harian Tahuin 4 Bahasa Melayu
| 
 | ||||||||||||||||||
| 
 | ||||||||||||||||||
RIS
SEMESTE1 SESI 2010/2011
KOD & NAM
KPD  3026
TAJUK
| 
 | 
KUMPULAN
                                                     
JHR-BHRU 01 ( A 112 PJJ )  SEM
2  2011/2012
DISEDIAKAN OLEH
| 
NAMA | 
NO. ID | 
NO. TELEFON | 
| 
PUAN CHU AH MOY | 
D20111049560 | 
019-7769511 | 
NAMA TUTOR E-LEARNING:  Encik
Abdul Talib bin Mohamed Hashim
TARIKH SERAH:  Mei 2012
Rancangan
Pengajaran Harian 
Tarikh/ Hari:  28 Mac 2012 ( Hari
Rabu )                    Masa  : 
10.50 pagi – 11.20 pagi                                                Kelas      :   
4  Biru                                                    
   Bil. Pelajar :  49 orang                                                                        
M/ Pel      :  
Bahasa Melayu                                                                              
Tajuk       :  
Jerebu dan Hujan Asid   
Objektif : 
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
- Menyatkan sekurang-kurangnya 4 nilai
     murni yang terdapat dalam bahan bacaan.
- Mengedit 
     teks yang diberikan dari segi penggunaan penanda wacana.
- Menulis dengan tulisan berangkai yang
     kemas dan cantik.
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid pernah menyertai aktiviti gotong-royong sekolah.
Konsep :
Sekolah bersih otak murid cerdas dan badan sihat.
Bahan : 
Komputer
Pembesar suara
Tayangan video 
Nilai :
Hidup bermuafakat ,Menghargai alam sekitar , rajin, cinta alam sekitar,
bekerjasama, bertimbang rasa
Kemahiran Bernilai tambah (KBT)
Kemahiran berfikir :
Mensimtesis, mengenal pasti, menyelesai masalah, membuat rumusan dan
menghubung kait
Pembelajaran :
Konstruktivisme
Rancangan Pengajaran Harian 
| 
Langkah/Masa | 
Isi Pelajaran | 
Aktiviti
  Pengajaran Pembelajaran | 
Catatan | |
| 
Aktiviti Guru | 
Aktiviti Murid | |||
| 
Set Induksi 
( 5 Minit ) | 
Menimbulkan rasa ingin tahu murid melalui
  gambar yang dipamerkan. | 
-Mempamerkan sekeping gambar tunggal . 
-Mengemukakan soalan . 
Gambar  1 
”Mereka ini siapa?” 
”Kakak siapakah 
  yang memakai pakaian seperti ini ke sekolah?” 
Gambar  2 
”Adakah murid-murid pernah melihat orang
  memakai pakaian seperti ini ?” 
”Mengapa mereka memakai pakaian yang berlainan
  dengan  kamu ?” 
Gambar  3 
”Beliau siapa? 
”Adakah murid-murid bercita-cita menjadi
  seorang polis seperti beliau ?” 
Satu slide yang menunjukkan ketiga-tiga gambar
  di atas. 
Guru menyediakan soalan 
”Bolehkah murid-murid memberitahu cikgu apakah
  persamaan ketiga-tiga gambar itu ?” 
Guru menyebut nama murid dan mengarahnya
  menjawab soalan yang ditanya . 
”Apakah teladan yang dapat murid-murid contohi
  daripada gambar-gambar yang dilihat tadi ” 
Guru memberi pujian kepada murid-murid yang
  berjaya membina ayat. 
Guru membuat kesimpulan dan menyatakan hari ini
  murid-murid akan belajar Kertas  2
  Bahasa Melayu Bahagian  C  Nilai Murni. | 
Gambar  1 
-Meneliti gambar yang dipamerkan. 
-Mendengar soalan dan menjawab soalan. 
Jawapan jangkaan 
-murid yang belajar di sekolah menengah 
-murid yang mempunyai kakak yang belajar di
  sekolah angkat tangan. 
Gambar  2 
Teliti gambar dan dengar soalan 
Jawapan jangkaan 
- Pernah. Mereka  murid sekolah rendah. 
Guru menerangkan bahawa mereka ialah murid yang
  berbangsa melayu , oleh itu mereka memakai buju kurung ke sekolah. 
Gambar  
  3 
-Teliti gambar dan dengar soalan dan beri
  jawapan yang betul 
Jawapan jangkaan 
- Polis 
 Murid
  yang bercita-cita menjadi polis 
  mengangkat tangan  
Murid meneliti ketiga-tiga gambar dan mendengar
  soalan yang disoal oleh guru. 
Jawapan jangkaan 
-         
  Mereka memakai uniform  | 
Bahan Bantu Mengajar 
-Komputer 
-Tayangan gambar 4 keping gambar tunggal 
Kecerdassan Pelbagai : 
-Verbal linguistik 
-Interpersonal 
-Kontekstual 
-Intrapersonal 
Kemahiran Berfikir: 
-Menjana idea 
-Membuat ramalan 
Menghubungkaitkan 
Nilai Murni: 
-menjaga kebersihan diri 
-berdikari 
-berjimat cermat 
-menghormati ibu bapa  
-menjaga keselamatan 
- 
-menghargai masa | 
| 
Langkah 1 
( 10 minit ) | 
1. Petikan 
  yang mengandungi nilai murni. | 
Guru menerangkan Bahagian C yang membawa 20
  markah dari keseluruhan kertas 2  yang
  berjumlah 60 markah. Bahagian ini mencadangkan murid-murid memperuntukan  20 minit untuk menjawab soalan ini. 
Guru mengingatkan murid-murid bahawa jawapan
  hanya memerlukan 4 nilai murni dan jawapan mesti tulis dalam satu perenggan. 
Guru menyediakan powerpoint yang menayangkan
  satu  ayat demi tiap ayat mengikut urutan
  petikan . 
1. Mengarah murid membaca petikan yang tersirat
  nilai murni  secara serentak  dengan sebutan yang betul. 
2. Meronda dan membimbing murid membaca petikan
  dengan betul. 
3. Murid-murid membaca petikan buat kali
  pertama. 
4. Murid-murid membaca petikan sambil mengesan
  kata kunci yang membawa nilai murni. 
5. Meminta murid mencari kata kerja atau frasa
  yang mengandungi  nilai murni. 
6. Mengucapkan tahniah dan syabas kepada murid
  yang berjaya  menyenarai  frasa yang betul. 
Contohnya : 
7. Mengarahkan murid membaca kata kerja dan
  frasa itu. | 
1. Membaca petikan nilai murni secara serentak
  dan dengan intonasi yang tepat sekali. 
2. Murid-murid membaca petikan buat kali kedua
  disamping mencari ayat yang tersirat nilai murni. 
3. Menyenaraikan kata kerja /frasa / kata kunci 
Jangkaan jawapan 
-bersama-sama 
-penduduk-penduduk dibahagikan kepada  beberapa kumpulan yang sama rata. 
-mencuci longkang yang sumbat  
-menyapu dedaun 
-menanam pokok bunga 
-menolong wanita   menyediakan makanan dan minuman 
5. Mendengar dan membaca frasa. | 
Kecerdasan Pelbagai : 
-verbal Linguistik 
-Verbal linguistik 
-Interpersonal 
-Kontekstual 
-Visual ruang 
Kemahiran Berfikir: 
-Menjana idea 
-Membuat ramalan 
-Menghubungkaitkan | 
| 
Langkah 2 
( 10 minit ) |  | 
1. Meminta murid mencari nilai murni yang
  tepat  dan sepadan dengan frasa yang
  disenaraikan. 
2. Membimbing murid mencari nilai murni yang
  tepat. 
3. Berbincang dengan murid dan bersama-sama
  mencari nilai murni. 
Guru menegaskan untuk mendapat markah yang
  penuh jawapan mesti mengandungi kata hubung atau penanda wacana yang tepat.  
Senaraikan kata hubung dan penanda wacana yang
  sesuai semasa menulis jawapan. 
Kata bantu 
Mestilah 
Hendaklah 
Perlulah 
Haruslah 
Kata hubung/kata sendi
  nama 
Seperti  
Dengan  
Contohnya, 
Misalnya, 
Penanda Wacana 
- selain itu, Di samping itu, Akhirnya. | 
1.Memberi nilai murni yang dianggap betul. 
Jangkaan jawapan 
-mandi ( menjaga kebersihan diri ) 
-mengemaskan bilik tidurnya ( berdikari ) 
-bersarapan bersama ahli keluarga ( menunjukkan
  kasih sayang ) 
-bersalaman dan mencium tangan ibu bapa (
  menghormati ibu bapa ) 
-membawa bekalan ( berjimat cermat ) 
-berhati-hati ( menjaga keselamatan ) 
-membaca buku di kantin  jika sampai awal di sekolah 
( menghargai masa )  | 
Kecerdasan Pelbagai : 
-Verbal Linguistik 
-Interpersonal 
-Intrapersonal 
-Kontekstual 
-Visual ruang 
Kemahiran Berfikir: 
-Menjana idea 
-Menghayati 
Menghubungkaitkan 
-Mengenal pasti idea | 
| 
Penutup 
( 5 minit ) | 
Menulis jawapan  
Bahagian C ( Nilai Murni ) dalam satu
  perenggan. | 
1.Guru juga menjelaskan syarat kedua untuk
  mendapat markah penuh ialah  setiap
  ayat jawapan yang mengandungi nilai murni mesti lengkap dan jelas serta
  mengikut isi petikan yang diberi. 
2. Guru mengarah dan membimbing murid  menulis jawapan yang lengkap dan sempurna. | 
1. Mendengar penerangan guru dengan teliti. 
2. Menjawab soalan nilai murni dengan mematuhi
  peraturan penulisan yang ditetapkan. | 
Kecerdassan Pelbagai : 
-Interpersonal 
-Verbal linguisik 
Kemahiran Berfikir: 
-Menjana idea 
Menghubungkaitkan 
-Menjelaskan 
Nilai Murni: 
-menjaga kebersiahan diri 
-berdikari 
-menunjukkan kasih sayang  
-menghormati ibu bapa 
-berjimat cermat 
-menjaga keselamatan 
-menghargai masa | 
Refleksi :
Murid-murid telah dapat menghafal  25 nilai murni yang ditetapkan termasuk
maknanya dalam bahasa cina. Murid-murid juga dapat mengeja nilai murni dengan
betul dan tepat. Murid-murid tidak dapat menguasai nilai murni berdasarkan
petikan . Semasa mereka Tahun 3 , mereka didedah nilai murni berdasarkan
ayat-ayat nilai murni . Oleh itu , mereka tidak dapat bezakan atau mencari nilai
murni yang paling tepat berdasarkan petikan.
Contohnya : 
Egog ke meja makan untuk bersarapan
bersama ahli keluarganya yang lain. Dalam konteks ini nilai murni yang
tepat ialah menunjukkan kasih sayang  dan bukan menjaga kesihatan.Ayat ini hendak menyampaikan makna hubungan
antara ahli keluarga sebagai isi utama dan bukan semata-mata bersarapan sahaja.
Jika ayat dalam petikan berbunyi
seperti di bawah
Egog akan bersarapan sebelum ke sekolah supaya dapat belajar dengan baik .
Ayat ini membawa maksud kepentingan bersarapan sebelum ke sekolah. Dalam kontek
ini nilai murni  yang tepat ialah menjaga kesihatan dan bukan  menunjukkan
kasih sayang.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat  membaca petikan dengan intonasi yang betul .
Murid-murid dapat memahami keselurahan petikan yang telah dibaca. Murid-murid
dapat mengecam isi utama petikan yang dibaca. Murid-murid dapat mengariskan 
kata kerja / mengesan kata kunci yang mengandungi nilai murni berdasarkan
petikan. Murid-murid juga  dapat menyenaraikan
kata kunci yang terkandung nilai murni. Murid-murid berjaya  mencari  sekurang-kurangnya  4 nilai murni yang tepat berdasarkan kata
kunci / kata kerja yang disenaraikan .  
-mandi ( menjaga kebersihan diri )
-mengemaskan bilik tidurnya ( berdikari )
-bersarapan bersama ahli keluarga ( menunjukkan
kasih sayang )
-bersalaman dan mencium tangan ibu bapa (
menghormati ibu bapa )
-membawa bekalan ( berjimat cermat )
-berhati-hati ( menjaga keselamatan )
-membaca buku di kantin  jika sampai awal di sekolah
( menghargai masa )
Murid yang dipanggil tampil ke hadapan berjaya
menulis nilai murni yang dicari. Murid-murid yang selebihnya akan menulis
jawapan ( nilai murni ) di atas kata kunci yang dianggap tersirat  nilai murni. Murid-murid yang dipanggil akan
memberi jawapan secara lisan . Murid-murid dapat menggaris kata kerja / kata
kunci yang dikesan terdapat nilai murni dengan pembaris. Murid-murid berjaya
menyenaraikan nilai murni di atas kata kerja / kata kunci .
Murid-murid menyenaraikan  4 kata
bantu yang perlu untuk menulis jawapan bahagian C yang tepat. Kata bantu itu
ialah haruslah , hendaklah ,
patutlah  dan  perlulah mesti diselit dalam ayat nilai
murni  supaya menjadi  jawapan yang tepat .
Murid-murid juga dapat menguasai penanda
wacana yang sesuai dalam jawapan . Antara penanda wacana yang dipakai ialah
Selain itu  , Di samping 
dan Akhirnya . Selain itu kata penyambung   seperti , contohnya , dengan  dan misalnya juga perlu dimasukkan dalam
jawapan supaya menjadi ayat nilai murni yang sempurna.
Murid-murid  dapat masukkan semua
perkara yang penting dalam petikan  yang
disediakan.
Buku Tunas Cemerlang yang diterbitkan oleh Panitia Bahasa Melayu  Sekolah Kebangsaan Cina Foon Yew 2 telah
memudahkan murid-murid menghafal  25
nilai murni yang tercatat di dalamnya . Nilai-nilai murni itu juga membawa
maksud dalam bahasa cina. Ini adalah kelebihan buku ini.Contoh-contoh ayat
Nilai murni juga berjaya membantu  murid
mengesan  kata kunci atau kata kerja yang
ada nilai murni. Di sini saya mengucapkan terima kasih kepada para guru sekolah
ini terutama guru -guru  bahasa Melayu
yang berusaha menerbit buku  yang serba
guna ini.Buku Tunas Cemerlang ini mengandung 400 ayat contoh nilai murni.
Contoh-contoh ayat nilai murni  ini pasti
telah memberi manfaat yang tidak terhingga kepada murid khasnya dan guru bahasa
Melayu amnya.
Saya akan mengubah rancangan pengajaran jika murid-murid tidak dapat
mencari nilai murni . Saya akan memberi contoh lain untuk menolong dan
membimbing murid-murid supaya berjaya mendapat jawapan.  Contohnya murid-murid mengecam  nilai murni bagi mengemaskan katilnya  ialah rajin . Maka saya akan menerangkan
bahawaa  Egog mengemas katinya  sendiri. Ini bermakna Egog melakukan tugas
harian dengan tenaga sendiri . Dalam kontek ini nilai murni yang tepat ialah
berdikari dan bukan berdisiplin. 
Ada sebahagian murid yang salah tafsir ayat 
yang berbunyi  Egog  membaca buku di kantin jika sampai awal di
sekolah  membawa nilai murni rajin.
Mereka memberi  jawapan  rajin 
sebagai nilai murni tepat . Jawapannya adalah salah  kerana dalam konteks ini membawa maksud Egog
tidak bazir masa yang terluang  dan
menjalankan aktiviti yang berfaedah . Oleh itu nilai murni yang paling tepat
ialah menghargai masa .
Dalam jawapan yang lengkap nilai murni tidak boleh diulangi. Jika berlaku
demikian markah hanya satu nilai murni sahaja yang diberi markah. Oleh itu,
saya mesti tegaskan bahawa murid-murid tidak boleh melanggar peraturan ini
kerana ini akan merugikan murid-murid. 
Murid-murid dapat menguasai teknik menjawab yang hebat dan mendapat
markah  penuh dalam bahagian ini.
Ini  dapat melatih murid meletak nilai
murni  pada kata kunci  / kata kerja 
yang  sesuai. Walau bagaimanapun,
saya mesti melatih murid membaca keseluruhan petikan sebanyak dua kali sebelum
menyenaraikan nilai murni. Ini sangat penting kerana mengesan kata kunci adalah
tindakan yang tidak  digalakkan. Hanya
mengecam kata kunci atau rangkaikata dan terus mencari nilai murni adalah
tindakan yang membawa risiko yang tinggi. Contoh di bawah menunjukkan akibat
murid yang mencari rangkaikata dan terus menulis nilai murni . Cara ini sama
sekali tidak dibenarkan  kerana ia sangat  merugikan murid.
Contohnya 
| 
SALAH | 
Shu Min tinggal bersama-sama
  ibu bapanya di Taman Melodies.  
Ayat ini tidak mempunyai nilai murni . Jika mengikut kata kunci bersama-sama akan membawa nilai murni
  -  bekerjasama | 
| 
BETUL | 
Farid dan kawan-kawannya bersama-sama
  membersihkan kelas.  
Nilai murni - bekerjasama | 
Selain itu, murid-murid juga dapat menulis 
jawapan  dalam satu perenggan
dengan menggunakan penanda wacana  yang
sesuai  dan setiap ayat yang mengandungi
nilai murni adalah tepat dan bersepadan dengan 
isi petikan yang diberikan.
Jika saya berpeluang mengajar pelajaran ini sekali lagi saya akan
melatih  murid-murid mengisi jadual di
bawah sebelum menulis jawapan yang sebenar.
Jadual  sebelum menulis jawapan
| 
Kata bantu  | 
Nilai Murni | 
Kata Hubung | 
Huraian / rangkaikata dalam petikan | 
Penanda Wacana | 
| 
haruslah | 
menjaga kebersihan diri | 
seperti | 
mandi | 
Selain itu, | 
| 
perlulah | 
berdikari | 
Contohnya, | 
Mengemas katil nya | 
Justeru, | 
| 
hendaklah | 
menunjukkan kasih sayang | 
Misalnya, | 
Bersarapan bersama ahli keluarga yang lain | 
Di samping itu, | 
| 
haruslah | 
Menghormati ibu bapa | 
dengan | 
Bersalaman dan mencium tangan ibu bapa | 
Seterusnya, | 
| 
wajarlah | 
Berjimat cermat | 
seperti | 
Membawa bekalan | 
Selain itu, | 
| 
patutlah  | 
Menjaga keselamatan | 
dengan | 
Berhati-hati | 
Di samping itu, | 
| 
haruslah | 
Menghargai masa |  | 
Membaca buku di kantin jika sampai awal di sekolah. | 
Akhirnya, | 
Subscribe to:
Comments (Atom)
 
